NADI Safe Perisian Merbahaya
6 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniNADI X Awareness telah mengadakan taklimat dalam talian yang bertajuk “Perisian Merbahaya”. Taklimat NADI Safe & Shield adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran dan pengetahuan masyarakat terutama sekali kanak-kanak mengenai keselamatan dalam dunia digital terutama berkenaan media sosial. Pada Khamis yang lepas, seorang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai taklimat tersebut. Taklimat ini memberi kesedaran apa yang dimaksudkan dengan malware, bagaimana malware boleh menceroboh ke dalam satu peranti, bagaimana malware berfungsi dan cara-cara mencegahnya.
Taklimat ini bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya perisian merbahaya seperti virus digital yang boleh merosakkan peranti dan mencuri maklumat peribadi. Melalui program NADI Safe & Shield, pelajar dididik untuk mengenali ancaman siber dan cara melindungi diri mereka secara proaktif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: